BANGI, 11 Syawal 1438H, Rabu – Harga runcit bahan api mingguan akan naik mulai tengah malam ini, selepas empat minggu berturut-turut mengalami penurunan sejak awal Jun lalu.
Berdasarkan pengumuman harga baharu yang berkuatkuasa 12.01 malam ini, harga petrol bagi jenis RON95 dan RON97 naik sebanyak 4 sen seliter.
Ini bermakna harga baharu bagi RON95 adalah RM1.93 seliter berbanding RM1.89 seliter minggu lalu, manakala RON97 kepada RM2.19 seliter.
Sementara harga diesel diumumkan naik sebanyak 7 sen seliter kepada RM1.91 seliter.
Harga terbaru itu berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 12 Julai depan.
The post Harga petrol, diesel naik mulai tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga petrol, diesel naik mulai tengah malam ini
0 Komentar untuk "Harga petrol, diesel naik mulai tengah malam ini"