Gema Semua Maklumat

Sri Lanka jadi negara Asia pertama masuk perangkap hutang China

Sri Lanka jadi negara Asia pertama masuk perangkap hutang China

BANGI, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Sri Lanka menjadi negara Asia pertama yang terjatuh dalam perangkap pelaburan China sehingga dilumpuhkan dengan masalah hutang yang teruk.

Menurut laporan PostCard, kerajaan Sri Lanka kini dalam usaha untuk membayar balik hutang negara itu berjumlah AS$64 bilion, termasuk dengan China AS$8 bilion.

“Ia kira-kira 95 peratus daripada semua hasil kerajaan pergi ke arah pembayaran balik hutang. Hutang dengan China adalah AS$8 bilion.

“Ramai rakyat Sri Lanka merasakan negara itu telah dijual kepada China,” kata laporan itu.

Malah, penduduk setempat juga menyifatkan wang yang dipinjam daripada China itu seolah-olah merugikan infrastruktur yang tidak menunjukkan tanda memberi keuntungan, sebaliknya merosakkan ekonomi Sri Lanka.

Sri Lanka memanfaatkan pinjaman mudah dari China untuk membina infrastruktur di seluruh negara. China sering menawarkan pinjaman mudah ke beberapa negara bagi membina infrastruktur, namun dengan kadar yang sangat tinggi.

China menggunakan taktik itu dengan mengisi pasaran di mana-mana negara yang disasarkan dengan barangan murah. Ia adalah strategi awal dan mudah untuk menjatuhkan pengeluaran tempatan dan sektor lain negara itu.

Laporan itu berkata, China telah membina pelabuhan, lapangan terbag dan lebuh raya besar di negara-negara yang masuk perangkap pelaburannya. Namun, kontrak projek berkenaan tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat sebaliknya dinikmati oleh syarikat kroninya sendiri.

“Semua pelabuhan dan lapangan terbang telah dibina oleh syarikat-syarikat Cina sahaja,” kata laporan.

Baru-baru ini, China membina pelabuhan Hambantota dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala. Bagaimanapun, tiada sebarang kajian dilakukan berhubung kewajaran sebelum memulakan projek berkenaan.

Tiada sebarang lalu lintas pada kedua-dua projek mega itu termasuk mempertimbangkan kos pembinaan yang lebih tinggi, yan akhirnya ia diisytiharkan tidak boleh dibeli.

Visi awal pembinaan pelabuhan Hambantotaa ialah ia akan membawa lebih banyak kapal singgah ke Sri Lanka, dan mengurangkan tekanan di pelabuhan Colombo.

Kedudukan Sri Lanka yang terletak di laluan laut yang melihat bentuk penghantaran minyak di Timur Tengah, menjadikan alasan utama China berminat melabur di negara itu.

Malangnya, pelabuhan yang menelan belanja lebih AS$1 bilion itu jarang menerima kapal, dan kes sama turut berlaku kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala.

Tiada penerbangan antarabangsa yang mendarat di lapangan terbang itu, bahkan juga penerbangan domestik yang sangat jarang berlaku.

Ia sekali gus menjadikan lapangan terbang itu sebagai aset yang sangat mahal dan tidak mampu dibeli untuk Sri Lanka.- Agensi

The post Sri Lanka jadi negara Asia pertama masuk perangkap hutang China appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sri Lanka jadi negara Asia pertama masuk perangkap hutang China
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sri Lanka jadi negara Asia pertama masuk perangkap hutang China"

Back To Top