Gema Semua Maklumat

2,020 peserta Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau di Kelantan

2,020 peserta Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau di Kelantan


Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 11 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Seramai 2,020 orang telah berdaftar bagi menyertai Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau (S2TV) anjuran Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan Masjid Telipot Kota Bharu pada 19 Ogos ini.

Pengarah program merangkap Pengerusi I-Medik Kelantan, Dr Khairil Afif Mahmud ketika dihubungi Ismaweb berkata, angka itu telah melebihi sasaran awal iaitu seramai 1,000 orang.

“Alhamdulillah seramai 2,020 orang telah berdaftar dan kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu yang merupakan anggota kelab-kelab basikal dan orang awam. Segala persiapan untuk acara kayuhan ini berjalan lancar,” katanya.

Dr Khairil memberitahu bahawa objektif utama program kayuhan berbasikal ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok dan vape.

“Program yang mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan ini memang memfokuskan kempen antirokok dan vape. Pihak Masjid Telipot yang juga sedia bersama kita dalam penganjuran ini mahu menunjukkan penglibatan masjid dalam acara masyarakat supaya lebih ramai menghargai peranan masjid,” katanya lagi.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mat akan turut serta dalam kayuhan serta merasmikan majlis yang akan diadakan selepas tamat acara kayuhan.

Kayuhan sejauh 35 km itu bermula di pekarangan Masjid Telipot dan melalui kawasan Wakaf Baru, Kubang Kerian dan kembali semula ke masjid.

Sebanyak 200 cabutan bertuah menanti peserta antaranya satu tiket penerbangan menunaikan umrah, motosikal, basikal dan barangan elektrik.

The post 2,020 peserta Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 2,020 peserta Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau di Kelantan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "2,020 peserta Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau di Kelantan"

Back To Top