BANGI, 11 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Kegagalan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), untuk membayar balik hutang kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), memalukan Malaysia.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan kewajaran 1MDB tidak mengumumkan lebih awal mereka gagal membayarnya serta memerlukan masa dan membiarkan IPIC yang mengumumkannya.
Katanya, sebagaimana hutang kad kredit, seseorang harus tahu menguruskan kewangannya agar dapat membayar pada waktu yang ditetapkan untuk dielak dikenakan bayaran denda yang lebih mudarat.
“1MDB sudahpun mengetahui pembayaran perlu dilakukan ada 31 Julai sejak 24 April yang lalu setelah penyelesaian ini diumumkan di Bursa Saham London. Apakah 3 bulan ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah teknikal atau ada perkara lebih besar yang sedang disembunyikan?
“Sehingga kini, kita masih tidak mengetahui apa kesannya jika 1MDB gagal untuk membayar di dalam tempoh 5 hari yang diberikan oleh IPIC ekoran kegagalan membayar ansuran pertama pada 31 Julai yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tuan Ibrahim mempersoalkan apakah kerana kegagalan kerajaan untuk mendapat duit daripada China yang hendak membangunkan Bandar Malaysia, maka 1MDB tidak dapat membayar hutang berjumlah RM2.58 bilion.
“Mana pergi duit penjualan daripada Edra? Alasan bahawa 1MDB masih memerlukan kelulusan pengawalseliaan tambahan juga menimbulkan tanda tanya. Kelulusan mana yang sedang ditunggu 1MDB?
“Bagaimana pula dengan pembayaran kedua kepada IPIC pada 31 Disember 2017? Apakah tempoh 5 bulan ini mencukupi untuk 1MDB membuat persediaan dan segala kelulusan teknikal untuk membayar tepat pada masanya? Ini masalahnya apabila isu 1MDB tidak diluluskan untuk dibahas di Parlimen,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, PAS tetap dengan pendirian menuntut supaya kerajaan akur dengan keputusan Majlis Raja-Raja pada 2015 yang menggesa siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI).
Najib dakwa lewat bayar RM2.58 bilion kepada IPIC hanya isu teknikal
The post Kegagalan 1MDB bayar hutang kepada firma Abu Dhabi memalukan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kegagalan 1MDB bayar hutang kepada firma Abu Dhabi memalukan Malaysia
0 Komentar untuk "Kegagalan 1MDB bayar hutang kepada firma Abu Dhabi memalukan Malaysia"