MEKAH, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Kementerian Haji Arab Saudi mengarahkan semua jemaah haji yang telah berada di kota suci ini untuk memakai gelang pengenalan diri yang baharu diperkenalkan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, arahan terbaharu yang dilaksanakan pihak muasasah kepada semua negara merupakan gelang tambahan kepada gelang dan lencana pengenalan diri yang disediakan pihak Tabung Haji.
“Gelang plastik yang diminta kerajaan Arab Saudi itu, secara rasminya bertujuan untuk melihat kesahihan identiti jemaah haji berkaitan visa mereka, pendaftaran yang disahkan di dalam sistem e-Hajj Arab Saudi.
“Ini juga memudahkan pihak kementerian itu mengenalpasti bahawa jemaah haji yang datang ke kota suci ini adalah yang rasmi dan sah mempunyai visa haji untuk melaksanakan ibadah ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Hotel Abraj Al-Janadriyah, di sini hari ini.
The post Arab Saudi wajibkan jemaah haji pakai gelang pengenalan diri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi wajibkan jemaah haji pakai gelang pengenalan diri
0 Komentar untuk "Arab Saudi wajibkan jemaah haji pakai gelang pengenalan diri"