Gema Semua Maklumat

Azizah, Azmin hanya melawat Hadi Awang: PAS

Azizah, Azmin hanya melawat Hadi Awang: PAS

KOTA BHARU, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – PAS memperjelaskan pertemuan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hanyalah kunjungan biasa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan spekulasi berhubung kerjasama antara PAS dengan bekas sekutunya itu susulan tersebarnya gambar pertemuan di antara ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa tiada sebarang kerjasama di antara PAS dengan PKR setakat ini.

“Lawatan Wan Azizah dan Azmin adalah ziarah sahaja kerana ketika Abdul Hadi sakit tidak ada siapa pun dibenarkan melawat termasuk kami.

“Doktor yang arahkan tiada pelawat, kami jumpa dengan beliau (Abdul Hadi pun ketika beliau sudah mahu keluar wad, itu pun beliau sendiri yang panggil kami beberapa orang dari Kelantan untuk berjumpa,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Hubungan kedua-dua parti itu sebelum ini tegang selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta pada April lalu, kerana dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.

The post Azizah, Azmin hanya melawat Hadi Awang: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Azizah, Azmin hanya melawat Hadi Awang: PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Azizah, Azmin hanya melawat Hadi Awang: PAS"

Back To Top