Gema Semua Maklumat

‘Bangkit anak muda, kita yang akan terajui negara’: Pemuda Isma

‘Bangkit anak muda, kita yang akan terajui negara’: Pemuda Isma

 Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 4 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Generasi muda negara ini perlu bangkit dan sedar bahawa tanah air ini perlu diterajui mereka, kata Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussin.

Membawa seruan itu, beliau berkata, golongan ini perlu menilai akan potensi diri untuk dibawa ke hadapan.

Namun, beliau berkata, amat malang sekali apabila anak muda kini terlalu selesa dengan keadaan masing-masing tanpa menyedari keadaan semasa.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai. Ia bagus, tetapi dari satu sudut ia menjadikan anak muda lalai.

“Kita perlu sedar situasi yang berlaku sekarang. Dengan ancaman fizikal, kepada Islam dan bangsa. Keluarlah dari kelompong keselesaan,” katanya pada Forum Sudut Pandang yang dianjurkan oleh Arus Baru dan Ismaweb.net di Bandar Baru Bangi, malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut memberi contoh perbandingan antara tokoh-tokoh Islam terdahulu dengan anak muda kini.

“Kita tengok dulu, jika kita imbas sejarah. Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinopel di usia 21 tahun. Manakala Saidina Ali pula telah bertarung dalam Perang Badar pada usianya 18 tahun.

“Jadi sejarah telah membuktikan bahawa anak muda boleh memimpin. Kita lah pemimpin sebenarnya anak muda,” tegasnya.

Beliau berkata, anak muda ini juga memerlukan satu ‘role model’ tidak kira dari segi individu atau organisasi yang dapat menunjuk agenda yang sebenar iaitu agenda membawa Islam.

Katanya, kebijaksanaan orang tua perlu digabungkan bersama semangat orang muda bagi membentuk suatu kepimpinan yang berjaya.

The post ‘Bangkit anak muda, kita yang akan terajui negara’: Pemuda Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Bangkit anak muda, kita yang akan terajui negara’: Pemuda Isma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Bangkit anak muda, kita yang akan terajui negara’: Pemuda Isma"

Back To Top