KUALA LUMPUR, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Cukai Pelancongan yang sebelum ini dibantah ramai pihak akan mula dilaksanakan 1 September ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kastam sudah pun menyediakan mekanisme kutipan cukai tersebut.
“Kita sudah sedia. Saya dimaklumkan oleh jabatan kastam bahawa mereka akan bersedia sebelum 1 September.
“Kita mesti bermula pada satu masa, jadi tahun ini, kita kena mula pada 1 September,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pegawai-pegawai kementeriannya akan memastikan semua hotel yang layak didaftarkan untuk skim itu.
Kerajaan dijangka mengutip RM200 juta pada tahun pertama melalui skim berkenaan.
Sepuluh peratus daripada kutipan akan disalurkan kepada kerajaan negeri terlibat dan selebihnya akan digunakan kementerian pelancongan untuk promosi dan pembangunan kemudahan pelancongan.
The post Cukai Pelancongan mula 1 September ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cukai Pelancongan mula 1 September ini
0 Komentar untuk "Cukai Pelancongan mula 1 September ini"