Gema Semua Maklumat

Isa Samad letak jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif FIC

Isa Samad letak jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif FIC

KUALA LUMPUR, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Felda Investment Corp’s (FIC) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Namun pengumuman itu tidak memaklumkan pelantikan pengerusi baru untuk menggantikan Isa Samad.

Selain itu, FIC turut memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain Pengarah Bukan Eksekutif, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran ‘perubahan penama dari pemegang saham utama.

Calon baru untuk mengisi jawatan itu adalah pengarahnya, Datuk Muzzammil Mohd Nor, 45; Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, 58; dan Hussein Ismail, 60.

Muzzammil merupakan Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Syed Mohammed memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan Hussein juga merupakan Pengarah Iris Corp.

FIC merupakan cabang pelaburan syarikat milik penuh Felda, bagaimanapun syarikat itu kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian dua hotel di London dan Kuching.

The post Isa Samad letak jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif FIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isa Samad letak jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif FIC
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isa Samad letak jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif FIC"

Back To Top