Gema Semua Maklumat

Isu Memali: PAS ingatkan PAN jangan hipokrit

Isu Memali: PAS ingatkan PAN jangan hipokrit

KANGAR, 4 Zulhijjah 1438H, Sabtu – PAS mengingatkan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) untuk tidak bersikap hipokrit apabila menentang penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan tragedi Memali demi menjaga kepentingan individu tertentu.

Walhal, ketika pemimpin-pemimpin berkenaan berada dalam PAS, mereka adalah antara penggerak yang lantang memperjuangkan keadilan insiden berdarah 32 tahun lalu itu, kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

“Mereka perlu berlaku jujur…ucapan mereka masih segar dan terngiang-ngiang lagi di telinga dengan mengutuk tindakan Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan mendesak kerajaan menjalankan siasatan telus menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Kini, selepas beberapa bulan keluar daripada PAS, terus mereka jadi lupa. Mereka perlu bersikap jujur dengan yang mana hak dikatakan hak, yang batil dikatakan batil,” katanya. 

Katanya, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa isu Memali sengaja dibangkitkan kerana hampir pilihan raya adalah tidak tepat kerana PAS cuma memberi maklum balas selepas isu itu dibangkitkan pada program ‘Nothing to Hide’ 2.0.

“Ia bukan isu baru kerana PAS bangkitkan (isu Memali) sepanjang masa dengan adanya sambutan tahunan di Memali setiap tahun.

“Ia juga menjadi isu politik sejak enam edisi pilihan raya. Isu Memali tidak pernah selesai, sebab itu kita mahu siasatan telus dijalankan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya lagi.

The post Isu Memali: PAS ingatkan PAN jangan hipokrit appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu Memali: PAS ingatkan PAN jangan hipokrit
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isu Memali: PAS ingatkan PAN jangan hipokrit"

Back To Top