Sumber foto: NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.
KUALA LUMPUR, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Jejambat baharu di Lebuhraya Sungai Besi-Puchong atau lebih dikenali Lebuhraya Bukit Jalil mulai dibuka hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, laluan sepanjang 600 meter itu membolehkan trafik bergerak lancar sepanjang enam kilometer (km) tanpa persimpangan di kedua-dua arah dari Bulatan Lumba Kuda ke persimpangan Bandar Kinrara sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak.
Katanya, projek itu termasuk pembinaan dua buah jejambat pusingan U bagi mengurangkan perjalanan di kedua-dua hala.
“Penantian selama lebih dua tahun sejak Februari 2015 itu mampu menampung trafik lebih tinggi daripada sebelumnya serta beri manfaat kepada penduduk sekitar perumahan Puncak Jalil, Lestari Perdana dan Seri Kembangan.
“Sejak dibuka sempena Sukan Komanwel 1998 lagi, lebuh raya ini tidak lagi mampu menampung aliran trafik sedia ada dan ditambah pula pembangunan pesat di sekitarnya.
“Projek dibawah Parlimen Bandar Tun Razak ini juga turut menaik taraf persimpangan lampu isyarat di Jalan Jalil Perkasa 1 bagi kemudahan warga kota,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan jejambat itu di sini, hari ini.
The post Jejambat baharu Lebuhraya Sungai Besi-Puchong dibuka appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jejambat baharu Lebuhraya Sungai Besi-Puchong dibuka
0 Komentar untuk "Jejambat baharu Lebuhraya Sungai Besi-Puchong dibuka"