Gema Semua Maklumat

Kediaman Isa Samad digeledah

Kediaman Isa Samad digeledah

 

 

KOTA BHARU, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya membuat serbuan terhadap kediaman Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Selangor malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkilfi Ahmad berkata, serbuan dibuat supaya pihaknya dapat membuat semakan terhadap dokumen yang disimpan di rumah beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah’ (IBR) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sini.

SPRM menahan bekas Mohd Isa petang semalam bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas kemungkinan terdapat penahanan susulan individu lain termasuk isteri Mohd. Isa dalam masa terdekat.

The post Kediaman Isa Samad digeledah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kediaman Isa Samad digeledah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kediaman Isa Samad digeledah"

Back To Top