BANGI, 3 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Arahan Felda supaya peneroka menyerahkan salinan geran rumah dan ladang sebagai syarat kelayakan memohon insentif khas RM5,000 yang diumumkan perdana menteri bulan sangat meragukan.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan tindakan itu sekaligus menuntut Felda untuk memperjelaskan alasan mengarahkan sedemikian.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ramai peneroka dan waris atau pentadbir ladang keliru serta ragu-ragu dengan arahan itu.
Ini kerana, jelas beliau, dokuman sama sudah diserahkan kepada Felda ketika peneroka memohon pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu (PRU13).
“Jika rekod dan maklumat peneroka telah sedia ada sama ada di ibu pejabat Felda mahupun Felda di peringkat tanah rancangan (seperti diminta sebelum ini), apa perlunya diberi lagi?
“Di saat Felda bermasalah, pemberian dokumen dan salinan hak milik tanpa alasan kukuh, tentu sekali menimbulkan kebimbangan. Ia boleh terdedah kepada manipulasi, yang akhirnya menjerat peneroka,” katanya.
Bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 6 insentif untuk peneroka, termasuk bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh.
The post Kenapa perlu serah salinan geran rumah untuk dapat insentif RM5,000, soal ANAK appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kenapa perlu serah salinan geran rumah untuk dapat insentif RM5,000, soal ANAK
0 Komentar untuk "Kenapa perlu serah salinan geran rumah untuk dapat insentif RM5,000, soal ANAK"