Gema Semua Maklumat

Khairuddin fail saman minta Rosmah pulangkan set berlian 22 karat

Khairuddin fail saman minta Rosmah pulangkan set berlian 22 karat

BANGI, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, memfailkan saman meminta mahkamah mengarahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, memulangkan set berlian merah jambu 22 karat kepada 1Malaydia Development berhad (1MDB).

Memetik laporan FMT, Khairuddin dilaporkan berkata, beliau memulakan saman itu kerana tiada individu yang mengambil tindakan menuntut barang kemas berkenaan, yang merupakan antara yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Saman DoJ itu tidak menyebut nama Rosmah, tetapi hanya menyatakan isteri Malaysia Official 1 (MO1). Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan MO1 dirujuk kepada Datuk Seri najib Razak.

Khairuddin berkata, pembayar cukai akan mendapat manfaat melalui pemulamngan barang kemas itu kerana mereka adalah pembayar muktamad hutang 1MDB.

Beliau juga meminta ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, membayar semua wang yang diseleweng daripada 1MDB, selain mahu kedua-dua individu itu membayar pampasan kepada 1MDB terhadap penyelewengan, penggunaan barang kemas dan apa-apa wang daripada dana itu.

Dalam writ dan kenyataan tuntutan yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui e-filing, Khairuddin berkata, Rosmah dan Jho Low juga perlu membayar kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain Rosmah dan Jho Low, Khairuddin turut menamakan 1MDB sebagai defendan ke-3 dalam samannya.

Sebelum ini, Reuters melaporkan pembelian barang kemas itu telah diatur Jho Low, yang juga dituduh memberi hadiah RM13.68 juta kepada pelakon Leonardo DiCaprio.

Jurucakap DiCaprio berkata, pelakon itu sudah memulakan prosiding untuk memindahkan hak milik lukisan Picasso itu kepada kerajaan Amerika, selain mula mengembalikan hadiah yang diterimanya daripada Jho Low yang ada kaitan dengan kes 1MDB.

Reuters yang memetik laporan saman itu juga mengatakan barang kemas kepada Rosmah dibeli dengan wang yang melalui akaun Najib. Barang kemas, lukisan Picasso, dibeli dengan dana yang dikesan hasil daripada penyelewengan bon yang ditawarkan 1MDB pada 2013.

Menurut saman DoJ itu, kalung berlian berkenaan dibeli pada 2013, hanya sebulan selepas AS$680 juga dipindahkan ke akaun peribadi Najib di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia berkata, wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kalung berlian itu dibeli dari Lorraine Schwartz di New York yang turut mereka bentuk barang kemas buat selebriti terkenal dunia seperti Beyonce Knowles dan Jennifer Lopez.

Saman itu turut mendedahkan pesanan Jho Low kepada Schwartz pada Jun 2013 yang menyebut “Need a 18 carrot (carat) pink heart diamond vivid or slightly short of vivid. On diamond necklace urgent”.

Sebulan kemudian Schwartz menunjukkan kalung itu kepada sekumpulan individu, termasuk Rosmah, di atas sebuah kapal layar mewah dan besar di dunia – Topaz – di Monaco. Jho Low menyewa kapal layar berukuran 147 meter itu selama tujuh hari pada awal Julai 2013, kata laporan DoJ.

Rosmah dan Jho Low sekali lagi bertemu Schwarts di sebuah hotel di New York pada September tahun yang sama, ketika Najib berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kalung itu akhirnya diserahkan kepada seorang rakan Rosmah yang tidak dinamakan pada 2014 di Hong Kong, yang kemudian menyerahkan kepada Rosmah di Kuala Lumpur, kata DoJ.

Jho Low juga menguruskan pembelian 27 barang kemas lain bernilai RM5.56 juta kepada Rosmah pada 2014.

The post Khairuddin fail saman minta Rosmah pulangkan set berlian 22 karat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Khairuddin fail saman minta Rosmah pulangkan set berlian 22 karat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Khairuddin fail saman minta Rosmah pulangkan set berlian 22 karat"

Back To Top