BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (Masoc) memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung kesilapan cetakan bendera di dalam buku cenderamata sempena upacara pembukaan rasmi sukan dwitahunan ke-29 itu, semalam.
“Pengerusi, Khairy Jamaluddin akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Nahrawi esok (hari ini) untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak Masoc.
“Kesilapan ini adalah amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara kedua-dua negara akan diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pagi ini.
Dalam masa sama, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut membuat permohonan maaf kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Imam Nahrawi atas kesilapan yang berlaku, dan menjelaskan perkara itu tidak disengajakan.
“Bapak Iman, saya setulus hati memohon maaf di atas apa yang berlaku. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” katanya di akaun Twitter Menteri Belia dan Sukan Indonesia itu.
Dalam upacara perasmian penuh gemilang malam tadi, bendera Indonesia dalam buku cenderamata itu dicetak secara terbalik dengan warna merah di bahagian bawah dan putih di atas.
The post Masoc mohon maaf cetak terbalik bendera Indonesia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Masoc mohon maaf cetak terbalik bendera Indonesia
0 Komentar untuk "Masoc mohon maaf cetak terbalik bendera Indonesia"