Pasangan suami isteri bersama empat anak dari Terengganu menyertai acara kayuhan basikal di Kota Bharu, Kelantan, minggu lalu.
ALOR SETAR, 4 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Masih ingat kepada pasangan yang menyertai Kayuhan Berbasikal Sihat Tanpa Tembakau dan Vape (S2TV) di Kota Bharu, Kelantan, yang turut membawa empat anak yang masih kecil, minggu lalu?
Suami isteri dari Dungun, Terengganu dan mencuri tumpuan apabila Mohammad Nor Bakri Shafe, 33, menggunakan teksi-basikal untuk membawa anak-anaknya menyertai acara itu, manakala isterinya Nurul Nadia Zulkipli, 32, berbasikal.
Hari ini, keluarga berkenaan sekali lagi hadir memeriahkan Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau di sini yang berlangsung di pekarangan Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Tiba dari Terengganu semalam, keempat-empat anak kecil – Yusuf Fashohat, 7 tahun; Maryam Solehah (6 tahun); Thoriq Yusuf (3 tahun); dan Khaled Yusuf (setahun), mulanya berharap mereka dapat menyertai acara itu.
Namun, kali ini, hanya Mohammad Nor sahaja yang menyertai kayuhan itu, manakala Nurul Nadia terpaksa menjaga anak-anaknya.
“Kami tiba dari Terengganu semalam. Memang hasrat hati untuk turut sama menyertai kayuhan ini bersama anak-anak. Tapi teksi-basikal mereka tidak muat dalam kereta.
“Saya pula berhasrat menyertai kayuhan, tapi tiada siapa yang boleh menjaga anak-anak,” katanya ketika ditemui pada acara itu, hari ini.
Boleh dikatakan pasangan ini adalah ‘hardcore’ berbasikal kerana sanggup datang dari Dungun, Nurul Nadia bagaimanapun berkata, suaminya berasal dari Kuala Nerang, Kedah – kira-kira 40 kilometer dari Alor Setar.
“Ambil kesempatan daripada pulang untuk berhari raya di kampung, kami turut serta dalam acara hari ini. Tetapi, hanya suami sahaja yang menyertainya,” kata Nurul Nadia sedikit terkilan.
Bagi beliau dan suami, anak-anak mereka sudah terbiasa dengan berkayuh basikal, terutama pada masa lapang di sekitar Dungun.
Hanya Mohammad Nor Bakri Shafe yang menyertai acara kayuhan basikal di Alor Setar, hari ini.
The post Nurul, anak dari Terengganu terkilan tak dapat sertai kayuhan di Alor Setar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nurul, anak dari Terengganu terkilan tak dapat sertai kayuhan di Alor Setar
0 Komentar untuk "Nurul, anak dari Terengganu terkilan tak dapat sertai kayuhan di Alor Setar"