AYER KEROH, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Hanya kerana mencuri wang RM20 daripada tabung masjid, seorang penganggur dihukum penjara 14 hari Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Othman Ahmad, 47, dari Telok Mas, selepas mengaku bersalah mencuri daripada tabung Masjid Al-Khairiah, pada 20 Julai lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari, yang melakukan pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.
Tertuduh yang diwakili peguam bela Siti Noorhabibah Mohamed Nor, merayu hukuman diringankan dengan alasan tidak berkemampuan kerana tidak bekerja.
Bagaimanapun mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Julai lalu.
The post Padah curi tabung masjid RM20, dipenjara 2 minggu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Padah curi tabung masjid RM20, dipenjara 2 minggu
0 Komentar untuk "Padah curi tabung masjid RM20, dipenjara 2 minggu"