Gema Semua Maklumat

1MDB gagal bayar AS$603 juta kepada IPIC

1MDB gagal bayar AS$603 juta kepada IPIC

BANGI, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih gagal membuat sebarang pembayaran kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) berjumlah AS$603 juta (RM2.58 bilion) selepas tamat tempoh yang diberikan

Menurut IPIC, jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.

Pembayaran kepada firma itu akan dibuat daripada hasil pelarasan pelan rasionalisasi 1MDB, dan dana yang sepatutnya diterima bulan lalu ditangguh sehingga Ogos.

IPIC berkata, pihaknya belum menerima pembayaran pertama berjumlah AS$26 juta yang sepatutnya dijelaskan pada 31 Julai. Urus niaga kedua yang sama perlu dibayar pada 31 Disember tahun ini.

Firma itu berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai tempoh lima hari untuk menyelesaikan pembayaran sebelum ia tertakluk kepada obligasi tambahan terhadap IPIC dan Aabar Investment PJS (Aabar).

1MDB dalam satu kenyataan, mengakui masih belum membuat sebarang pembayaran pertama, dan telah memaklumkan kepada IPIC berhubung penangguhan itu.

“Semua pembayaran 1MDB kepada IPIC akan dibuat daripada hasil pelan rasionalisasi 1MDB.

“1MDB sendiri sedang menunggu dana yang akan diterima pada bulan Julai 2017. Oleh kerana keperluan bagi kelulusan pengawalseliaan tambahan, penerimaan dana itu ditunda sehingga Ogos 2017,” kata 1MDB.

 

The post 1MDB gagal bayar AS$603 juta kepada IPIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 1MDB gagal bayar AS$603 juta kepada IPIC
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "1MDB gagal bayar AS$603 juta kepada IPIC"

Back To Top