Gema Semua Maklumat

Perkhidmatan KTM stesen KL-Kepong operasi semula Isnin

Perkhidmatan KTM stesen KL-Kepong operasi semula Isnin

KUALA LUMPUR, 4 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong akan dibuka seperti biasa Isnin hadapan.

KTMB berkata, pada hari ini dan Ahad, operasi tren KTM Komuter akan menggunakan satu landasan sahaja antara Stesen KL Sentral dan Kepong.

Manakala perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan beroperasi seperti biasa bagi semua laluan.

“Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang-Batu Caves akan beroperasi dengan kekerapan 45 minit manakala laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan beroperasi dengan kekerapan antara 30 minit hingga satu jam,” menurut kenyataan itu.

Isnin lalu, perkhidmatan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang dan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir di Km 386.900 iaitu di antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong sehingga menyebabkan satu daripada landasan tersebut terhalang.

The post Perkhidmatan KTM stesen KL-Kepong operasi semula Isnin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perkhidmatan KTM stesen KL-Kepong operasi semula Isnin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Perkhidmatan KTM stesen KL-Kepong operasi semula Isnin"

Back To Top