Gema Semua Maklumat

Perpustakaan Negara tawar kemudahan pinjam buku secara online

Perpustakaan Negara tawar kemudahan pinjam buku secara online

BANGI, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan satu laman web, di mana orang ramai berpeluang meminjam buku secara atas talian (online) dengan percuma.

Sejajar dengan perkembagan teknologi hari ini, PNM turut mengambil peluang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku digital daripada koleksi yang disediakan.

Bagi yang mahu meminjam secara atas talian daripada PNM, pengguna hanya perlu melayari laman http://www.pnm.elib.com.my/, dan mendaftarkan butiran maklumat sebagai prosedur peminjaman.

Sebaik sahaja selesai mendaftar, pengguna sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh PNM dengan hanya menekan ‘borrow’ pada setiap tajuk buku yang disediakan oleh PNM.

Berdasarkan laman web itu, pihak PNM menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam mana-mana buku selama tujuh hari secara digital, dengan lebih 30 kategori buku disediakan termasuklah agama, kanak-kanak, politik, sejarah, motivasi dan perniagaan.

Portal berkenaan juga mudah diakses di mana sahaja, tidak kira menerusi telefon pintar, komputer dan tablet.

The post Perpustakaan Negara tawar kemudahan pinjam buku secara online appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perpustakaan Negara tawar kemudahan pinjam buku secara online
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Perpustakaan Negara tawar kemudahan pinjam buku secara online"

Back To Top