Gema Semua Maklumat

Bauksit: Seorang lagi kakitangan PTG Pahang direman

Bauksit: Seorang lagi kakitangan PTG Pahang direman

KUANTAN, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap seorang lagi kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri bagi membantu siasatan kes kegiatan perlombongan bauksit secara haram di daerah itu.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri itu di sini, semalam.

Majistret Humairah KM Haider mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 13 Ogos bagi membolehkan siasatan lengkap dijalankan ke atas suspek.

Timbalan Pendakwa raya SPRM, Mohd Fadhly Mohd Zamry berkata, permohonan reman dibuat selepas suspek disyaki menerima rasuah antara RM250 hingga RM500 sebagai dorongan menyalurkan maklumat berhubung operasi penguatkuasaan PTG Pahang kepada pelombong bauksit yang menjalankan kegiatan secara haram di daerah itu.

Minggu lalu, mahkaman menahan reman sembilan kakitangan PTG negeri itu bagi membantu siasatan kes sama. Penahanan individu terbaru ini menjadikan jumlah penahana berkaitan kes berkenaan kepada 11 orang setakat ini, termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

The post Bauksit: Seorang lagi kakitangan PTG Pahang direman appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bauksit: Seorang lagi kakitangan PTG Pahang direman
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bauksit: Seorang lagi kakitangan PTG Pahang direman"

Back To Top