KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menamatkan khidmat Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa Samad perlu dilucutkan jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu integriti tidak menjadi beban kepada kerajaan.
“Jadi bagaimana kalau orang yang dituduh dengan amalan korupsi itu berada di situ sedangkan SPAD adalah agensi besar negara membabitkan pengangkutan awam. Biarlah mereka yang tidak terpalit dengan amalan tuduhan itu berada di situ,” katanya yang dipetik daripada portal atas talian.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya mengalu-alukan penahanan Isa dan mengambil kesempatan ini untuk mengulangi seruan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan bagi menyiasat isu berbangkit dalam Felda.
“Kerosakan yang berlaku ini begitu dahsyat, kerana situasi kewangan Felda akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Kita harus akui skandal yang berlaku di Felda yang terburuk selain daripada 1MDB.
“Apa yang penting bukan sahaja tokoh itu ditahan, tetapi bagaimana dasar kerajaan terhadap Felda. Suruhanjaya itu nanti akan membawa kepada isu berkaitan integriti ataupun rasuah. Kita tidak mahu nanti bila sekadar Isa ditahan, apa jaminan kalau orang lain ambil alih, tidak berlaku apa-apa masalah. Maknanya, pelan pemulihan keseluruhan terhadap Felda,” katanya.
The post Persatuan Anak Felda mahu Najib tamatkan khidmat Isa di SPAD appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Persatuan Anak Felda mahu Najib tamatkan khidmat Isa di SPAD
0 Komentar untuk "Persatuan Anak Felda mahu Najib tamatkan khidmat Isa di SPAD"