JOHOR BAHRU, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Polis akan menyiasat dakwaan tiga beradik yang ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus di sebuah rumah kedai di Jalan Susur Larkin Perdana 1, Larkin Perdana di sini.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa tiga beradik terbabit mengikut Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak 2016.
Katanya, meskipun tiada laporan dibuat mengenai perkara itu, namun polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut.
“Kita belum menghubungi ibu bapa mereka untuk bertanya (perkara itu), tetapi kita akan buat laporan berdasarkan penyebaran kisah mereka di Facebook,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Kisah tiga beradik terbabit berusia satu hingga enam tahun itu, menjadi tular di laman sosial Facebook apabila seorang pengguna mendakwa kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam keadaan sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya makan nasi berlaukkan kicap.
Dakwa pengguna laman sosial itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang juga seorang mualaf bekerja di sebuah kilang di Gelang Patah, manakala bapanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak terbabit, namun meninggalkan mereka dalam keadaan tidak terurus.
Susulan itu, Pelindung kanaka-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama beberapa anggota polis dari Balai Polis Larkin ke tempat tinggal mereka bagi menyelamatkan tiga beradik berkenaan selepas menerima maklumat pada Rabu lalu.
BERITA BERKAITAN:
Tiga beradik 2 hingga 6 tahun ditinggalkan tak terurus, makan nasi dengan kicap
The post Polis siasat tiga beradik ditinggalkan tak terurus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis siasat tiga beradik ditinggalkan tak terurus
0 Komentar untuk "Polis siasat tiga beradik ditinggalkan tak terurus"