Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Pemimpin muda yang terlibat dalam parti berprinsipkan membela hak Melayu atau pribumi, memilih tunduk kepada arus liberal berbanding mempertahankan prinsip sendiri, kata Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).
Presidennya, Eqwan Roslan berkata, beliau bimbang dengan sikap pragmatik yang ditonjolkan oleh golongan belia sejak kebelakangan ini.
Menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat semalam, Eqwan berkata:
“Pembina telah menyentuh hal ini dalam Ucapan Dasar Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-10, dengan menyentuh punca pergeseran identiti yang berlaku di Malaysia adalah tekanan politik kepartian, di mana identiti negara dijadikan perkara yang dikorbankan untuk berunding kuasa.
“Pembina mengajak belia dan mahasiswa harus kekal berprinsip dalam setiap lapangan yang diceburi, termasuklah dalam pendidikan, pekerjaan, aktivisme seperti di dalam NGO dan juga yang terlibat dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sultan Nazrin bertitah, perkara yang dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka menyentuh prinsip asas terutama Islam dan Melayu tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.
Titah baginda, prinsip berkenaan tidak boleh sama sekali dikompromi dan tidak wajar dikorbankan kerana kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, organisasi atau individu.
The post Pembina bimbang belia sekarang tunduk kepada arus liberal appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembina bimbang belia sekarang tunduk kepada arus liberal
0 Komentar untuk "Pembina bimbang belia sekarang tunduk kepada arus liberal"