Gema Semua Maklumat

POS Malaysia cadang kecilkan bilangan kakitangan

POS Malaysia cadang kecilkan bilangan kakitangan

SHAH ALAM, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – POS Malaysia Bhd sedang dalam perancangan untuk mengecilkan bilangan kakitangan selepas menyedari bilangan sedia ada terlalu ramai untuk diurus

Menurut laporan The Malaysian Reserve, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Shukrie Mohd Salleh berkata tenaga manusia sedia ada mengehadkan kebolehan menjana keuntungan lebih baik walaupun mendapat hasil lebih tinggi.

Shukrie malah berkata, 24,000 kakitangan bawah kumpulan itu bilangan yang “terlalu ramai untuk diurus”.

Beliau juga turut mengakui pihaknya sedang berunding dengan kesatuan sekerja mengenai terma pampasan.

“Secara prinsip, semua kesatuan sekerja memahami keperluan merangka semula cara pemberian pampasan kepada kakitangan menjadi lebih berasaskan prestasi, yang boleh menjadi berbeza mengikut prestasi perniagaan bukannya bersifat tetap,” kata Shukrie pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung syarikat itu di Shah Alam semalam.

Menurut TMR, langkah mengecilkan saiz agak mengejutkan kerana hasil POS Malaysia meningkat beberapa tahun kebelakangan ini, daripada RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 2013 kepada RM2.1 bilion pada tahun kewangan 2017.

Juga didedahkan dalam mesyuarat agung tahunan semalam, syarikat perkhidmatan pengeposan negara itu secara purata memperuntukkan 52% hasil kumpulan itu untuk mengurus kos pekerja.

The post POS Malaysia cadang kecilkan bilangan kakitangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di POS Malaysia cadang kecilkan bilangan kakitangan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "POS Malaysia cadang kecilkan bilangan kakitangan"

Back To Top