Gema Semua Maklumat

Rakyat Singapura undi Presiden Melayu 23 September

Rakyat Singapura undi Presiden Melayu 23 September

SINGAPURA, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Jabatan Pilihan Raya Singapura mengeluarkan Writ Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Presiden 2017 yang dikhaskan untuk calon dari komuniti Melayu sahaja. 

Ia susulan tempoh perkhidmatan Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam akan tamat 31 Ogos ini. 

Difahamkan, ini adalah kali pertama Singapura memilih Presiden Melayu sejak lebih 46 tahun dahulu, selepas Yusof Ishak

Jabatan itu memaklumkan, hari penamaan calon ialah pada 13 September 2017 di auditorium Persatuan Rakyat, 9 King George’s Avenue, Singapura.

“Jika lebih seorang calon dicalonkan pada hari penamaan calon, 23 September akan diisytiharkan sebagai hari mengundi.

“Setakat ini, ada tiga calon berpotensi yang melahirkan minat untuk bertanding dalam pilihan raya iaitu dua orang ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican, Farid Khan Kaim Khan dan bekas Speaker Parlimen Halimah Yacob.

Setiap calon mesti mengemukakan kertas pencalonan disertakan dengan Sijil Kelayakan; Sijil Komuniti yang mengesahkan mereka tergolong dalam masyarakat Melayu; dan sijil Derma Politik, kata jabatan itu.

Mohamed Salleh, ketua eksekutif Second Chance Properties, 67, mengemukakan permohonannya bagi Sijil Kelayakan dan Sijil Komuniti di Jabatan Pilihan raya pada 23 Ogos.

Sementara pengerusi pembekal perkhidmatan marin Bourbon Offshore Asia Pacific, Farid Khan, 62, berbuat demikian pada 24 Ogos. – Agensi

The post Rakyat Singapura undi Presiden Melayu 23 September appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rakyat Singapura undi Presiden Melayu 23 September
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rakyat Singapura undi Presiden Melayu 23 September"

Back To Top