BANGI, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah berharap suatu hari nanti akan ada negeri yang melantik bukan Melayu menjadi mufti.
“Saya juga berharap suatu hari nanti ada mufti yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik, selain mantap bahasa Arab. Juga dapat dilantik dalam kalangan Cina Islam atau India Muslim atau orang putih Muslim,” katanya menulis dalam Ismaweb.net, hari ini.
Pada masa sama, beliau juga bimbang jika ultra kiasu memerintah, mereka akan melantik profesional dalam bidang lain yang tidak mendalami ilmu pengajian Islam, tidak mengetahui hukum atau tidak tahu berbahasa Arab, sebagai mufti.
Ikuti tulisan beliau dalam ruang kolumnis Ismaweb.net.
The post Ridhuan Tee harap mualaf juga dilantik sebagai mufti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ridhuan Tee harap mualaf juga dilantik sebagai mufti
0 Komentar untuk "Ridhuan Tee harap mualaf juga dilantik sebagai mufti"