SHAH ALAM, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Demi sekeping wang RM50, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab sanggup membuat kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, semalam.
Berdasarkan siasatan awal polis, perkara itu didedahkan tiga suspek yang ditahan atas dakwaan mencetuskan kekacauan.
Menurut laporan portal atas talian, tiga remaja itu difahamkan adalah dalam kalangan sebuah kumpulan besar yang diminta berhimpun di sebuah lokasi di Setiawangsa.
Di situ, mereka diberikan kemeja-T dengan logo Bersatu, kata sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga turut menafikan bahawa tiga remaja itu adalah merupakan anggota partinya berdasarkan semakan rekod keahlian dan kemeja-T yang mereka pakai bukan kemeja-T rasmi parti.
Semakan latar belakang pihak polis juga mendapati suspek yang di bawah umur berasal dari Perlis dan tidak habis sekolah.
Manakala, dua suspek berumur 18 dan 19 merupakan pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur.
Siasatan juga mendapati suspek berumur 18 tahun ada rekod jenayah dan terlibat dalam satu perbicaraan kes rogol yang sedang berjalan.
Ketiga-tiga mereka direman selama empat hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 15(2)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.
The post Sanggup cetus kekecohan demi RM50 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sanggup cetus kekecohan demi RM50
0 Komentar untuk "Sanggup cetus kekecohan demi RM50"