Gema Semua Maklumat

Soalan isu Memali cetus huru-hara di Nothing To Hide 2.0

Soalan isu Memali cetus huru-hara di Nothing To Hide 2.0

SHAH ALAM, 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hari ini terpaksa disuraikan serta merta apabila beberapa individu menimbulkan kekecohan.

Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam yang pada mulanya tenang dengan sesi soal jawab bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi huru-hara apabila soalan berkenaan tragedi Memali diutarakan.

Tidak lama kemudian, beberapa individu tidak bertanggungjawab mula mencampakkan botol serta kasut dan meletupkan mercun di dalam dewan.

Umpama baling batu, sembunyi tangan, mereka malah melarikan diri dari dewan, namun, sejurus selepas itu, dua daripada mereka berjaya ditangkap dan dipukul pula oleh peserta di dalam dewan.

Situasi kembali reda apabila seorang individu yang tidak diketahui namanya menggesa ahli-ahlinya untuk keluar dari dewan.

The post Soalan isu Memali cetus huru-hara di Nothing To Hide 2.0 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Soalan isu Memali cetus huru-hara di Nothing To Hide 2.0
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Soalan isu Memali cetus huru-hara di Nothing To Hide 2.0"

Back To Top