Gema Semua Maklumat

SPRM serbu UNISEL, MBI Shah Alam

SPRM serbu UNISEL, MBI Shah Alam

SHAH ALAM, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menyerbu
kampus Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam dan pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berhubung
siasatan isu pertikaian kontrak antara universiti itu dengan syarikat konsesi, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Dua pegawai SPRM tiba di bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14 yang menempatkan pejabat MBI di tingkat 14 pada 10.43 pagi.

Manakala, tiga lagi pegawai dilihat tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Sementara itu, enam pegawai lain tiba di kampus UNISEL kira-kira 10 pagi tadi dan memasuki bahagian pentadbiran Unisel di Seksyen 7 dengan diiringi pegawai universiti itu.

Suruhanjaya itu turut membuat serbuan di pejabat JNSB di Desa Pandan dan kampus induk Unisel di Bestari Jaya.

Difahamkan, isu membabitkan penyelesaian antara UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung penyelesaian itu yang didakwa meragukan.

Ketua Pemuda UMNO Kelana Jaya, Maisham Maarof dalam laporannya mendakwa penyelesaian pertikaian oleh MBI dan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) membabitkan jumlah puluhan juta ringgit.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan serbuan itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan selepas ini.

The post SPRM serbu UNISEL, MBI Shah Alam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM serbu UNISEL, MBI Shah Alam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM serbu UNISEL, MBI Shah Alam"

Back To Top