Sumber gambar: Berita Harian
SETIU, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin meraih dua pingat emas dan satu perak dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara endurance berpasukan dan individu, hari ini.
Baginda menunggang kuda Rtes Annaversary, menamatkan perlumbaan di tangga pertama dengan meraih pingat emas individu, diikuti rapat Mohd Bulkhari Rozali (JQ Tuan Junior) yang memenangi perak individu.
Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA kali ini memulakan perlumbaan tepat pukul 3 pagi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP).
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai pasukan negara yang turut disertai lima penunggang lain.
Lima pasukan mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.
Ia kali pertama Sultan Mizan memenangi pingat emas dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA sekalipun Malaysia meraih dua pingat emas pada Sukan SEA Myanmar 2013.
Baginda juga tercatat dalam sejarah sebagai Sultan pertama menyertainya.
The post Sultan Terengganu raih dua emas acara kuda lasak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sultan Terengganu raih dua emas acara kuda lasak
0 Komentar untuk "Sultan Terengganu raih dua emas acara kuda lasak"