ANKARA, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Turki mewajibkan pengganas atau suspek kudeta memakai pakaian seragam khas ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah negara itu.
Presidennya, Recep Tayyip Erdogan berkata, keputusan itu dibuta selepas salah seorang suspek bulan lalu, hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T bertulis ‘Wira’.
“Mereka tidak boleh memakai pakaian sesuka hati, selepas ini,” katanya ketika berucapa di Malatya, di timur Turki, semalam.
Beliau berkata, suspek cubaan rampasan kuasan tahun lalu seharusnya memakai pakaian tahanan di penjara tentera Amerika Syarikat, Guantanamo, yang ditetapkan berwarna coklat.
Katanya, suspek yang didakwa terbabit dengan rancangan rampasan kuasa akan memakai pakaian seragam penjara, manakala suspek pengganas perlu memakai jaket dan seluar panjang.
“Mereka akan diperkenalkan kepada dunia sebegini. Kini, mereka akan dipaparkan sedemikian,” katanya.- Agensi
The post Suspek, pengganas wajib berpakaian seragam khas hadiri perbicaraan: Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Suspek, pengganas wajib berpakaian seragam khas hadiri perbicaraan: Erdogan
0 Komentar untuk "Suspek, pengganas wajib berpakaian seragam khas hadiri perbicaraan: Erdogan"