Gema Semua Maklumat

Pangkalan maritim Batuan Tengah jaga kedaulatan negara

Pangkalan maritim Batuan Tengah jaga kedaulatan negara

Pangkalan Maritim Abu Bakar bernilai RM61.5 juta menjamin kedaulatan wilayah Malaysia yang bersempadan dengan Singapura. Kelihatan dalam gambar ialah Pulau Batu Putih yang masih menjadi pertikaian. – Gambar dari Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.

BANGI, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Malaysia memberi isyarat mengenai kepentingan kedaulatan apabila menyiapkan pangkalan maritim di Batuan Tengah – hanya satu kilometer dari Pulau Batu Putih atau Pedra Branca, yang dipertikaikan.

Dalam pada mahkamah antarabangsa sebelum ini menyerahkan Pulau Batu Putih itu kepada Singapura, penganalisis berpendapat dengan siapnya pangkalan maritim itu Malaysia memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan lautnya yang sering diceroboh nelayan Vietnam.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar merasmikan pembukaan pangkalan itu di Batuan Tengah (Middle Rocks) selepas lima tahun pembinaan yang menelan kos RM61.5 juta. Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan Batuan Tengah kepada Malaysia.

Penganalisis berpendapat Pangkalan Maritim Abu Bakar adalah perkembangan positif dalam pembangunan keselamatan maritim di kawasan itu.

“Tidak diragukan lagi bahawa Malaysia memberi isyarat serius mengenai tuntutan kedaulatan sekitar kawasan laut itu. Tetapi kedua-dua pihak perlu melihatnya sebagai perkembangan positif menunjukkan komitmen terhadap keselamatan,” kata Felo Kanan Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam, Oh Ei Sun, hari ini.

Pangkalan itu dengan jeti sepanjang 316 meter, memiliki tempat pendaratan helikopter dan rumah api, dikendalikan 12 kakitangan.

Sultan Ibrahim Iskandar dalam laman Facebook rasminya bertitah bahawa kemudahan itu bertujuan mengawal kedaulatan wilayah dan perairan Malaysia, serta menjalankan kajian saintifik.

Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melaporkan sejak 2015, 11 bot nelayan Vietnam dengan 144 awak-awak ditahan, selain menganggarkan ratusan bot lagi menceroboh perairan negara.

Julai lalu, Malaysia mengemukakan permohonan kepada ICJ agar membuat interpretasi penghakiman kes membabitkan kedaulatan Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Permohonan itu difailkan di ICJ, The Hague, Belanda, dengan menuntut mahkamah membuat keputusan dan mengisytiharkan dua perkara iaitu, perairan di sekeliling Pulau Batu Putih adalah kekal dalam perairan yang dikuasai Malaysia. – Agensi

Malaysia mohon ICJ interpretasi penghakiman kes Batu Putih

The post Pangkalan maritim Batuan Tengah jaga kedaulatan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pangkalan maritim Batuan Tengah jaga kedaulatan negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pangkalan maritim Batuan Tengah jaga kedaulatan negara"

Back To Top