KUALA LUMPUR, 5 Zulhijjah 1438H, Ahad – Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) akan menawarkan laluan tol percuma dan diskaun tol 10 peratus kepada semua kelas kenderaan Lebuhraya Maju (MEX) sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Aidiladha.
MESB dalam kenyataan hari ini berkata, laluan tol percuma itu berkuat kuasa dari 12 tengah malam 31 Ogos dan berakhir pada 11.59 malamnya manakala diskaun tol 10 peratus bermula dari pukul 12 tengah malam 1 Sept hingga 11.59 malam.
“Dianggarkan lebih 107,000 kenderaan bakal menikmati laluan tol percuma dan lebih 91,000 pengguna bakal menikmati diskaun laluan tol itu,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai tawaran laluan percuma dan diskaun itu boleh diperoleh menerusi laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau menghubungi hotline MEX di nombor 03-83159111.- Bernama
The post Tol percuma, diskaun di Lebuhraya MEX sempena Merdeka, Aidiladha appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tol percuma, diskaun di Lebuhraya MEX sempena Merdeka, Aidiladha
0 Komentar untuk "Tol percuma, diskaun di Lebuhraya MEX sempena Merdeka, Aidiladha"