Gema Semua Maklumat

Utamakan politik berasaskan nilai, amanah: Presiden Isma

Utamakan politik berasaskan nilai, amanah: Presiden Isma

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 3 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Generasi muda hari ini perlu tampil ke hadapan menghentikan plot politik lama yang dibawa generasi terdahulu, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman. 

Jelas beliau, golongan muda mempunyai pelbagai cara untuk menunjukkan pilihan mereka.

“Ingat, mereka tidak perlu mengikut plot politik yang menjurus kepada politik wang, politik kuasa, politik harta dan sebagainya.

“Tapi mereka perlu mengutamakan politik yang lebih berasaskan nilai, amanah,” katanya dalam Forum Sudut Pandang yang dianjurkan Arus Baru dan Ismaweb.net, semalam.

Mengulas lanjut Ustaz Abdullah berkata, ramai generasi baru yang berkebolehan, nanun rata-ratanya tidak berminat untuk berpolitik.

“Selepas 60 tahun merdeka, kita dah lahirkan generasi yang faham agama, bijak pandai dalam pelbagai bidang dan boleh main peranan untuk memimpin masa depan.

“Jadi bagaimana mereka nak berada dalam sistem sedia ada. Kalau kita lihat pola perbalahan pemimpin politik dalam negara, ahli-ahli politik ini ‘carry’ perkara silam yang tidak ada kena mengena dengan anak muda.

“Mereka masih dengan lakonan dan skrip yang sama walhal situasi dah berubah. Kita berdepan dengan pelakon-pelakon yang tidak relevan. Yang mengambil manfaat dalam parti untuk kepentingan diri sendiri.

“Jadi apa gunanya semua ini kepada anak muda? Apa yang mereka bincangkan untuk kita? Apa terjadi dengan masa depan kita? Apa kesudahannya? Dengan pemimpin yang begitu sifatnya, tiada ‘ownership’ terhadap agama. Dia akan bawa kita pada dasar-dasar yang tidak relevan,” katanya.

Justeru, Ustaz Abdullah menegaskan, orang muda sekarang perlu berfikir secara agresif dan kritikal.

“Mereka tidak boleh menyerahkan masa depan mereka kepada generasi dahulu semata-mata. Kita nak orang muda yang intelek, yang punyai wawasan masa depan untuk memulakan langkah memimpin masa depan mereka,” katanya.

The post Utamakan politik berasaskan nilai, amanah: Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Utamakan politik berasaskan nilai, amanah: Presiden Isma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Utamakan politik berasaskan nilai, amanah: Presiden Isma"

Back To Top