Gema Semua Maklumat

Wanita dipenjara sebar solat versi baharu

Wanita dipenjara sebar solat versi baharu

JAKARTA, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Seorang wanita di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan menghina Islam apabila mempromosi solat versi baharu kepada orang ramai.

Siti Aisyah, 47, didapati bersalah selepas menyebarkan ajaran Islam berbeza dari asal dan menggelar para ulama sebagai penipu kerana tidak sependapat dengannya.

Hakim Mahkamah Daerah Mataram di Wilayah Nusa Tenggara Barat, Didiek Jamiko berkata, kesalahan dilakukan Aisyah adalah satu penghinaan besar terhadap Islam.

“Dia dianggap berbahaya untuk penduduk Islam,” katanya.

Februari lalu, Aisyah didakwa menghina Islam apabila mempromosikan versi solat yang mengelirukan di laman web kendaliannya dan dia turut menyebarkan risalah di sekitar Mataram.

Hakim memberitahu, tertuduh juga menggesa pembaca laman sesawangnya supaya tidak mematuhi hadis, kata-kata dan amalan dilakukan Nabi Muhammad.

“Kami menjatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana dia tidak menyesal dengan jenayah dilakukan, malah dengan tegas mempertahankan pendiriannya,” katanya. – Agensi

The post Wanita dipenjara sebar solat versi baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Wanita dipenjara sebar solat versi baharu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Wanita dipenjara sebar solat versi baharu"

Back To Top