PUTRAJAYA, 11 Zulhijjah 1438, Sabtu – Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 perlu dipinda supaya tidak dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Ketika ini Akta 164 hanya memberikan ruang untuk pasangan yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen bagi membubarkan perkahwinan sivil dengan bekas pasangannya yang memeluk agama Islam.
Ia bermakna mana-mana mualaf tidak boleh pergi ke Mahkamah Sivil dan memohon untuk membubarkan perkahwinan sivilnya yang terdahulu sehinggalah bekas pasangannya berbuat demikian, ujarnya.
Justeru Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Datuk Mahamad Naser Disa berkata, dengan pindaan yang dibuat kelak, ia membolehkan mualaf ke Mahkamah Sivil dan membubarkan perkahwinan terdahulunya.
“Bermaksud tidak semata-mata berharap bekas pasangannya untuk memfailkan petisyen perceraian.
“Kita tak nak orang menggunakan Islam sebagai satu helah untuk mereka untuk mereka hidup secara berpoligami tetapi mereka tidak ikut perundangan dan cara hidup Islam,” katanya dipetik antarapos.
Merujuk kes seorang peguam hindu mempergunakan akta 164 untuk membolehkannya berkahwin dua Naser berkata, dia bersikap lepas tangan dan meletakkan kesalahannya memiliki dua isteri disebabkan kelemahan akta itu.
“Seorang peguam Hindu di Johor Bahru, peluk agama Islam kerana dia mahu berkahwin satu lagi dengan perempuan kristian Iban di Sarawak. Lelaki Hindu itu sudah berkeluarga.
“Undang-undang perkahwinan menyatakan mereka tidak boleh berpoligami. Undang-undang mereka monogami. Tapi mereka nak kahwin juga. Jadi mereka memeluk agama Islam.
“Yang lelaki memeluk Islam, yang perempuan Iban itu juga memeluk agama Islam. Tapi dia tak putuskan perkahwinan sivilnya. Yang si isteri hindu itu pun tidak memutuskan perkahwinan sivilnya. Jadi dia kahwin secara syariah tapi dia tetap balik pada isteri dia yang beragama Hindu,” katanya.
The post Akta 164 mesti dipinda elak salah guna appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Akta 164 mesti dipinda elak salah guna
0 Komentar untuk "Akta 164 mesti dipinda elak salah guna"