TOSAI garing yang menjadi menu kegemaran aku sewaktu bersarapan tidak sesedap hari-hari biasa. Tersangkut di tekak ekoran artikel-artikel tular yang aku baca berkaitan dengan Rohingya.
Bukan berniat untuk membantah atau mempertikaikan pendapat dan pandangan penulis. Sekadar memanjangkan lagi renungan agar ianya mampu mencelikkan mata hati untuk melihat petunjuk dari Tuhan.
Kalau hari ini kita kata memang patutlah bangsa Rohingya itu dibantai Myanmar sebab mereka malas, besar kepala, bangsa yang tak sedar diuntung atau degil dan bebal, maka pandanglah semula generasi anak muda yang kita ada sekarang.
Bukankah mereka mempunyai sifat dan sikap yang serupa dengan apa yang kita sebutkan kepada bangsa Rohingya itu. Bermakna kita juga mungkin sedang mengikut jejak langkah mereka dan tidak mustahil apa yang menimpa mereka hari ini bakal menimpa kita pada masa akan datang.
Oh ya! Bangsa Rohingya juga pernah bergantung harap kepada British yang selama lebih 100 tahun sewaktu British menjajah Myanmar. Mereka juga bersama membantu British menentang cubaan penjajahan Jepun di negara itu.
Sebelum berundur, British membekalkan persenjataan yang cukup lengkap untuk mereka meneruskan kempen menentang Jepun dan orang-orang Arakan yang bekerjasama dengan Jepun. Dan British masuk kembali ke Myanmar selepas Jepun tewas dalam Perang Dunia Ke-2.
Namun, akhirnya ibarat habis madu sepah dibuang, mereka ditinggalkan British dalam kondisi kemanusiaan yang paling teruk dalam sejarah manusia apabila British memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada tahun 1948.
Ya, modus operandi British di sana kelihatan sama dan serupa dengan apa yang berlaku di tanah air kita. Cuma mungkin masa kita belum sampai.
Atau, kita bermula dari detik ini mencelikkan mata hati dan berusaha sebaik mungkin memperbaiki sikap anak bangsa kita lalu kita dijauhkan daripada nasib yang sedemian rupa yang menimpa bangsa Rohingya.
Semoga Allah memelihara kehormatan dan kedaulatan bangsa dan agama kita di tanah ini.
Ane! Tosai garing lagi satu.
Asmadi Abdul Samad
Tosai pencetus pemikiran
#ininegaraperjuangan
#wu
Gambar kelompok mujahidin Rohingya menyerah diri kepada Kerajaan Myanmar 1961.
The post Tosai Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tosai Rohingya
0 Komentar untuk "Tosai Rohingya"