Gema Semua Maklumat

Arab Saudi benar wanita memandu

Arab Saudi benar wanita memandu

RIYADH, 6 Muharram 1439H, Rabu – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, hari ini mengeluarkan perintah membenarkan wanita memandu – satu lagi langkah yang dilihat sebagai permulaan kepada reformasi sosial dan ekonomi di negara itu.

Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi mengesahkan menerusi laman Twitter berhubung perintah berkenaan.

“Wanita Arab Saudi dibenarkan memandu,” demikian kata Twitter berkenaan.

Difahamkan, wanita Arab Saudi akan dibenarkan memandu mulai Jun tahun depan.

“Perintah diraja akan membabitkan pelaksanaan peraturan lalu lintas, termasuk mengeluarkan lesen memandu kepada lelaki dan wanita,” lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Raja Salman juga mengeluarkan arahan diwujudkan sebuah jawatankuasa tertinggi membabitkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial, bagi mengkaji peraturan baharu memandu itu.

Reformasi sosial dan ekonomi mula berlaku di Arab Saudi selepas Raja Salman melantik anaknya, Mohammed, 32 tahun, sebagai Putera Mahkota. – Agensi

The post Arab Saudi benar wanita memandu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi benar wanita memandu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi benar wanita memandu"

Back To Top