Gema Semua Maklumat

Mesir tangkap enam individu kibar bendera LGBT di konsert

Mesir tangkap enam individu kibar bendera LGBT di konsert

KAHERAH, 5 Muharram 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap apabila mereka mengibarkan bendera pelangi melambangkan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender pada satu konsert di sini, semalam.

Mereka ditahan atas tuduhan menganggu ketenteraman awam dan menggalakkan perbuatan tidak bermoral, lapor media tempatan.

Pendakwa raya Mesir telah memulakan tindakan dengan melakukan siasatan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah konsert kumpulan pemuzik dari Lubnan, Mashrou Leila, semalam.

Undang-undang Mesir tidak secara langsung mengharamkan homoseks, tetapi lelaki gay pernah beberapa kali ditangkap dan dituduh melakukan perbuatan jahat dan penghinaan terhadap Islam.

Pada April tahun lalu, mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap 11 lelaki, atas tuduhan melakukan perbuatan melanggar tata susila dan jahat.

Pihak berkuasa Mesir dilaporkan menggunakan rangkaian aplikasi Grindr berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk memantau kegiatan homoseksual.

Grindr adalah rangkaian sosial terbesar khas untuk LGBTQ.

Penyanyi utama Mashrou Leila, Hamed Sinno dikatakan seorang homoseksual dan dia tidak lagi dibenar membuat persembahan di Mesir.

Kumpulan itu juga sebelum ini diharamkan membuat persembahan di Jordan. – Agensi

The post Mesir tangkap enam individu kibar bendera LGBT di konsert appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mesir tangkap enam individu kibar bendera LGBT di konsert
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mesir tangkap enam individu kibar bendera LGBT di konsert"

Back To Top