KIEV (Ukraine), 7 Muharram 1439H, Khamis – Lebih 30,000 orang dipindahkan dari Vinnytsia di tengah Ukraine selepas depot yang menyimpan pelbagai jenis peluru, termasuk peluru berpandu terbakar dan menghasilkan letupan kuat, hari ini.
Kejadian yang dianggap perbuatan sabotaj itu berlaku berhampiran bandar Kalynivka, kira-kira 200 kilometer di barat daya Kiev, mencederakan dua penduduk, kata Perkhidmatan Kecemasan Ukraine.
Lebih 180,000 tan peluru dipercayai disimpan dalam depot berkenaan, termasuk sistem pelancar roket.
Beberapa rumah berhampiran depot berkenaan juga rosak teruk.
Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman mengarahkan siasatan terperinci kejadian itu yang disyaki disebabkan sabotaj.
Pihak berkuasa juga menutup ruang udara di kawasan terbabit bagi mengelakkan peluru berpandu.
Kejadian hari ini hampir sama dengan yang pernah berlaku Mac lalu membabitkan depot peluru di wilayah Kharkiv menyebabkan kira-kira 20,000 penduduk terpaksa dipindahkan. – Agensi
The post Depot peluru meletup 30,000 dipindahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Depot peluru meletup 30,000 dipindahkan
0 Komentar untuk "Depot peluru meletup 30,000 dipindahkan"