Gema Semua Maklumat

Sekolah vernakular lebih banyak bawa perpecahan

Sekolah vernakular lebih banyak bawa perpecahan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Sekolah vernakular sepatutnya ditutup kerana ia terlebih dahulu melahirkan roh perpecahan bangsa di negara majmuk ini, kata Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Beliau kesal kerana kesan negatif sekolah vernakular tidak pula menyebabkan sekolah itu diarah ditutup.

“Saya memang tidak mahu menyentuh mengenai isu kedai dobi khas untuk orang Islam, kerana ia isu terpencil dan sudah ramai yang bercakap mengenainya.

“Sedangkan, sekolah vernakular telah melahirkan kaum cauvinis yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, tidak mesra budaya kebangsaan, sering menunjukkan “civil disobedience” dan membawa roh perpecahan bangsa di Malaysia.

“Tetapi fenomena kesan negatif sekolah vernakular yang tidak terpencil ini tidaklah pula menyebabkan sekolah itu diugut tutup,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

2 Zulhijjah 1437 lalu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan sama ada sekolah vernakular menyumbang kepada perpaduan.

Menerusi video yang disiarkan dalam Facebook Johor Southern Tigers dan menyatakan wawasannya bagi mewujudkan sekolah ‘bangsa Johor’ pada masa depan, beliau berkata:

“Di mana 1Malaysia? Anda mempunyai sekolah India, anda ada sekolah Cina, anda ada sekolah Melayu. Sejak kecil anda memberitahu mereka supaya tidak bersatu. Kemudian apabila mereka membesar, anda beritahu mereka supaya bersatu?.”

Sehubungan itu, beliau berharap pada masa depan, kerajaan Johor dapat menyediakan modul pelajaran sendiri bagi rakyat negeri itu.

“Pada masa depan tiada sekolah India, Cina atau Melayu di Johor. Hanya ada sekolah bangsa Johor.

“Dari usia muda kita mengajar mereka bagaimana untuk bersatu, bagaimana untuk menghormati agama lain dan bagaimana untuk menghormati bangsa lain,” katanya.

The post Sekolah vernakular lebih banyak bawa perpecahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sekolah vernakular lebih banyak bawa perpecahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sekolah vernakular lebih banyak bawa perpecahan"

Back To Top