Gema Semua Maklumat

Dobi muslim: Orang Islam ada hak praktik amalan agama

Dobi muslim: Orang Islam ada hak praktik amalan agama

BANGI, 7 Muharram 1439H, Khamis – Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob menegaskan, orang Islam ada hak memilih mempraktik amalan agama mereka.

Beliau yang kesal dengan sikap yang ditunjukkan sesetengah pemimpin mencampuri urusan agama Islam di negara ini melihat ia sebagai satu situasi yang boleh mengundang bibit kebencian rakyat.

“Sekarang seolah-olah ada pihak cuba campur tangan dan tidak setuju orang Muslim hidup dengan amalan Islam yang selaras dengan perlembagaan di mana Islam agama tertinggi,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilapor menyifatkan isu dobi pakaian untuk Muslim bertentangan dengan pendirian kerajaan.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Zulkeflee menegaskan, pemimpin politik terbabit tidak perlu mencanang ekstremisme kaum kerana Rukun Negara sebagai tiang bagi memupuk keharmonian di negara ini sudah lama dihayati rakyat.

“Jika ahli politik sering cetus isu sensitif terhadap amalan orang Islam dan kaum hanya mengundang kepada gugatan ketenteraman,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Justeru, beliau menegaskan, politikus ekstremis dan vernakular tidak wajar diberi tempat sebagai pemimpin besar dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Apa pun teguran Sultan Johor dan pemilik premis dobi boleh dijadikan pedoman untuk mengelak ketegangan dalam masyarakat,” katanya.

The post Dobi muslim: Orang Islam ada hak praktik amalan agama appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dobi muslim: Orang Islam ada hak praktik amalan agama
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dobi muslim: Orang Islam ada hak praktik amalan agama"

Back To Top