BANGI, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang dilantik menjadi Ketua Polis Negara (KPN) ke-11.
Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, KPN baharu ini diharap dapat menggalas tugas dalam membanteras penjenayah serta segala bentuk maksiat yang wujud pada masa kini.
Pada masa sama, katanya, KPN perlu meneruskan usaha secara telus dan amanah tanpa mengira mana-mana pihak yang bersalah demi negara bangsa dan agama.
Mohamad Fuzi yang menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi.
Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya pada masa itu, Tan Sri Mohd Bakri Zinin bersara wajib.
Selepas itu, beliau menjawat Pengarah Pengurusan PDRM, seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Julai 2015.
The post Isma ucap tahniah kepada KPN baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma ucap tahniah kepada KPN baharu
0 Komentar untuk "Isma ucap tahniah kepada KPN baharu"