RAMALLAH, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Selepas menghalang umat Islam solat Jumaat di masjid al-Aqsa, Israel kini bertindak mengharamkan mana-mana individu mengambil gambar di tapak suci ketiga umat Islam itu.
Rejim berkenaan mengancam untuk menahan sesiapa sahaja yang mengambil gambar mereka di tapak itu dan mendakwa di mahkamah.
Pemerhati menyifatkan bahawa langkah baharu itu adalah sebagai tindakan kejam dan sengaja menghukum ekoran kegagalan rejim itu memasang alat pengawasan dan pengesan logam di pintu masuk tapak berkenaan.
Julai lalu, Israel menutup dan membatalkan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, termasuk menahan seorang ulama Muslim terkemuka di Jerusalem selepas tiga rakyat Palestin serta dua pegawai polis rejim itu terbunuh dalam kejadian tembak menembak di Kota Lama, di sini.
Berikutan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkanpihak berkuasa memasang alat pengesan logam dan kamera litar tertutup (CCTV) di semua pintu masuk ke Masjidil Aqsa, yang menimbulkan tentangan dari penduduk Palestin dan masyarakat Islam antarabangsa.- Agensi
The post Israel larang ambil gambar di masjid al-Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Israel larang ambil gambar di masjid al-Aqsa
0 Komentar untuk "Israel larang ambil gambar di masjid al-Aqsa"