Gema Semua Maklumat

Israel terus giat bina penempatan haram, ingkar resolusi PBB

Israel terus giat bina penempatan haram, ingkar resolusi PBB

TEBING BARAT, 6 Muharram 1439H, Rabu – Israel enggan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut rejim berkenaan menghentikan semua aktiviti penempatan haram di wilayah itu.

Menurut utusan PBB di Timur Tengah, Nickolay Mladenov berkata, rejim berkenaan sebaliknya terus giat memperluas kegiatan tersebut, sekali gus merumitkan lagi usaha perdamaian dua negara (Palestin-Israel).

Beliau berkata, aktiviti itu tertumpu terutamanya di kawasan timur Baitulmaqdis dengan pelan pembinaan lebih 2,300 unit rumah pada bulan Julai.

Tegasnya, PBB berulang kali menyifatkan bahawa aktiviti penempatan haram itu sebagai tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Mladenov menyampaikan laporan ketiga mengenai pelaksanaan resolusi yang diterima pakai oleh majlis itu pada Disember lalu, mengutuk penempatan haram Israel sebagai pelanggaran keras terhadap undang-undang antarabangsa.

Katanya, pegawai Israel terus menggunakan retorik bersifat provokasi untuk menyokong kegiatan penempatan haram berkenaan.

“Pengembangan penempatan haram yang berterusan juga melemahkan kepercayaan Palestin dalam usaha perdamaian antara kedua-dua pihak.

“Secara keseluruhan sejak awal 2017, 344 struktur telah dirobohkan, di mana satu pertiga darinya di Jerusalem, menyebabkan lebih 500 orang hilang tempat tinggal,” katanya.- Agensi

The post Israel terus giat bina penempatan haram, ingkar resolusi PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Israel terus giat bina penempatan haram, ingkar resolusi PBB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Israel terus giat bina penempatan haram, ingkar resolusi PBB"

Back To Top