Gema Semua Maklumat

Sami Buddha Sri Lanka ceroboh rumah perlindungan Rohingya

Sami Buddha Sri Lanka ceroboh rumah perlindungan Rohingya

SRI LANKA, 6 Muharram 1439H, Rabu – Pihak berkuasa Sri Lanka memindahkan 31 pelarian Rohingya ke lokasi baharu apabila ekstremis Buddha negara itu menceroboh rumah perlindungan etnik Islam itu.

Sami Buddha mengetuai penduduk tempatan menyerbu masuk kawasan rumah pelarian berkenaan dan sengaja membuat rusuhan.

31 pelarian Rohingya itu diselamatkan tentera laut Sri Lanka Mei lalu, selepas bot yang dinaiki mereka hanyut.

Selepas ini mereka akan dihantar ke negara ketiga dan dibenar berada di Sri Lanka sementara menunggu dokumen siap.

Menerusi rakaman video oleh kumpulan pelampau Sinhale Jathika Balamuluwa Tentera Kebangsaan Sinhalese, seorang sami mendesak orang ramai untuk meruntuhkan bangunan yang menempatkan pelarian berkenaan.

“Inilah Rohingya yang membunuh sami Buddha di Myanmar,” kata sami itu menunjuk kepada wanita Rohingya yang ketakutan memeluk anak kecil mereka.

Sami Buddha di Sri Lanka mempunyai hubungan rapat dengan sami Buddha di Myanmar dan mereka didakwa mencetuskan keganasan terhadap Islam minoriti di negara masing-masing. -Agensi

The post Sami Buddha Sri Lanka ceroboh rumah perlindungan Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sami Buddha Sri Lanka ceroboh rumah perlindungan Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sami Buddha Sri Lanka ceroboh rumah perlindungan Rohingya"

Back To Top