PUTRAJAYA, 4 Muharram 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengasas yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pegawai operasi (COO) sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes pertikaian pemilikan dan penjualan tanah di Kampung Serampang Indah, yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, di Jempol.
Kedua-dua individu bergelar ‘Datuk’ itu masing-masing berusia antara 54 dan 58 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika dipanggil untuk memberikan keterangan.
Kedua-dua mereka merupakan individu penting dalam sebuah syarikat yang tidak didedahkan, dipercayai turut melakukan urus niaga ladang berkenaan.
Mereka akan di bawa ke Mahkamah Putrajaya esok bagi tujuan reman.
Rentetan kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.
PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 yang menjadikannya sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 10 ekar (4 hektar) dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.
Pada awalnya ladang tersebut dirancang untuk dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah tersebut dirampas sebelum ditawarkan dalam lelongan awam pada 2004 dan dibeli oleh Thamarai Holdings pada 2007.
The post Isu Gatco: SPRM tahan CEO, COO syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu Gatco: SPRM tahan CEO, COO syarikat
0 Komentar untuk "Isu Gatco: SPRM tahan CEO, COO syarikat"