Gema Semua Maklumat

Kertas siasatan kebakaran tahfiz diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan kebakaran tahfiz diserah kepada Peguam Negara

KUALA TERENGGANU, 4 Muharram 1439H, Isnin – Polis telah menyerahkan kertas siasatan tujuh suspek remaja yang didakwa mendalangi tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu, kepada Peguam Negara hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kertas siasatan berkenaan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara pagi ini dan hanya menunggu arahan selanjutnya.

“Jadi kita tunggu arahan (Peguam Negara), apa bentuk tindakan dan pertuduhan terhadap mereka itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, tujuh remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi 14 September lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Kejadian itu juga menyebabkan enam pelajar dan seorang orang awam cedera, yang mana tiga daripada mereka masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Susulan itu, polis menahan tujuh suspek remaja berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan tragedi tersebut.

The post Kertas siasatan kebakaran tahfiz diserah kepada Peguam Negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kertas siasatan kebakaran tahfiz diserah kepada Peguam Negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kertas siasatan kebakaran tahfiz diserah kepada Peguam Negara"

Back To Top