KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1439H, Khamis – Dua daripada tujuh suspek yang ditahan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu, 14 September lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ia dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, sebentar tadi.
Kedua-dua pesalah bawah umur berusia 16 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi hari kejadian. .
Siasatan awal mendedahkan pusat tahfiz itu sengaja dibakar dengan api yang dicucuh menggunakan petrol yang disimbah pada beberapa bahagian di luar bilik asrama di tingkat dua berkenaan.
The post Kebakaran pusat tahfiz: Dua suspek didakwa membunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kebakaran pusat tahfiz: Dua suspek didakwa membunuh
0 Komentar untuk "Kebakaran pusat tahfiz: Dua suspek didakwa membunuh"